Saturday, November 9, 2013

Cara Untuk Menjadi Lebih Pandai

sebagai seorang manusia yang normal dan comel,
semua orang akan berusaha untuk menjadi pandai.
well of course lah for a well living kan?
but tak semua orang akan berusaha gigih untuk mencapai tahap kepandaian yang tinggi.

so here, i want to share my view on how to be a smart person,
aku selalu berfikir, apa yang patut aku buat supaya aku ni pandai gile la kan
macam genius genius kat dunia ni,
memandangkan aku hanya manusia yang NORMAL..
i mean normal is not too pandai and of course not too bodoh tidak pandai..haha

so, aku pun berfikir dan berfikir,
--> berfikir sangat bagus untuk mengelakkan penyakit LUPA.

there must be a way to be a person who is PANDAI.

so, i guess, to be such a clever person, u should do this :

1. Set goal seminggu sekali

goal di sini tiada kene mengena dgn goal bola sepak harap maklum. aku slalunye akan tulis di atas sehelai kertas tentang perkara yang perlu aku selesaikan dan perkara yang perlu aku capai pada minggu tersebut. dengan cara ni, korang akan lebih berusaha untuk mencapai perkara yang baik dalam hidup korang :) this is so good u know, bcoz i always do this. at the end of the week, korang pasti teruja sbb korang akan tahu apa perkara baik yang korang da selesaikan.

2. Jangan berhenti belajar

ade orang suka sia-siakan masa mereka dgn perkara-perkara yang tak berguna. untuk menjadi seorang yang pandai sudah tentu la korang kene isi masa dengan sesuatu yang berguna. ye dak :D so, mulai hari ini, belajar la sesuatu yang baru setiap hari :)

3. Membaca

membaca amat membantu dalam meningkatkan ilmu pengetahuan. well, we must believe that knowledge is everywhere. salah satunye, in books. kan? so, membaca sangat penting supaya ilmu kita lebih luas. bila kita membaca dengan banyak, kita mampu untuk suarakan pendapat dengan lebih tepat. orang pun akan lebih respect. trust me ;)

4. Latih minda anda

zaman sekarang ni macam-macam game yang ade, terutamanya online game. latih minda anda dengan game yang mencabar. bukan hanya main game semate-mate untuk keseronokan ye. latihan minda yang banyak mampu mengutkan daya ingatan dan ketajaman fikiran serta lebih fokus dalam melakukan sesuatu kerja.

5. Belajar bahasa baru

slalunye di Universiti akan ada subjek bahasa asing. ini juga adalah latihan minda. cuba untuk belajar bahasa baru. tak semestinya belajar di universiti je boleh belajar bahasa baru. kat rumah pun boleh :) semuanya boleh dengan online. 

6. Belajar bergaul dengan lebih baik

jangan memilih dalam bergaul. cuba untuk bergaul dengan semua orang. setiap makhluk kat muke bumi ni tak same beb. so, lagi banyak orang yang korang kenal, lagi mudah la untuk korang memahami sikap manusia. zaman kat universiti, sekolah, dan alam pekerjaan, kadang-kadang kite tak terlepas dari mendapat kenalan yang baru, kalau kita da biasa bergaul, mudah untuk kita mendapat perhatian orang ramai, makanya mudah la untuk kite pergi lebih jauh. hehehe.

7. Jaga pemakanan

untuk menjadi orang yang bijak, janganlah gatal tangan nak makan bende-bende tak elok. maksud aku kat sini, jangan makan terlalu banyak makanan yang ada M.S.G. jangan makan jajan ( mknn ringan ) atau makanan yang terdedah dengan binatang perosak. elak minum air bersemut. air bersemut ni boleh buat orang lupe u know. cari makanan berkhasiat, yang bagus untuk tumbesaran otak, takde la otak same saiz je dari baby sampai tua...hahaha

8. Kenali kemampuan diri

ok, cuba lihat diri anda sendiri. fikir. ape bende terbaik yang mampu anda buat.. hah? takde? parah ni parah.  cuba kenali kemampuan diri anda. banyak perkara yang boleh kita lakukan dalam dunia ni. untuk menjadi seorang yang TERbaik, kene la kenal dulu siapa diri kita yang sebenar. asah bakat dengan mendalam. sebab kemampuan diri boleh menjadi advantage kepada masa hadapan.

setakat ni, itu sahaja yang boleh aku kongsikan bersama :) 

lastly, usaha tangga kejayaan.
berkorban la demi masa depan yang cemerlang.
masa depan bukan untuk diri sendiri je <-- hamboi pentingkan diri
masa depan anda --> keluarga, masyarakat, negara, bangsa, agama :)

thats all u olllllssss.


adapt from my old blog : felleloloche.blogspot.com

4 comments: