Thursday, May 10, 2012

segment : serious follow back

aku telah ditag!
oleh -->  mimi untuk join segment ni..

ok about this segment? ape yg menariknye?
ok sila lihat tajuk, nampak? mestilah nampak kan =)
ok segment ni merupakan salah satu cara untuk menambah follower korang,
tak susah pun untuk join segmen ni,
juz buat satu entry pasal segment ni, dan kalau durian korang nak runtuh korang dapat la hadiah kan.
aku bukan menanam tebu di tepi bibir, sebab aku bukan petani, NGAHAHA..
sila tekan banner untuk maklumat lanjut ok,
ikhlaskan diri korang untuk join segment, bukan kerana hadiah semata-mata ok?


folow aq supaya aku boleh folow korang balik.
komen kat bawah tau.

tuan segment : adakah segment ni membebankan?
aku: oh, tidak semata-mata sehidung-hidung

terima kasih.

Tuesday, May 8, 2012

KMNS =)

selama setahun aku berpunggung kat matrik,
aku jarang cerita kehidupan aku kat sane,
bukan jarang, 
tapi tak penah pun, GAHAHAHA

aku masuk matrik bulan 5 tahun 2011
dan berakhirnye kisah matrik bulan 4 tahun 2012 =)

kat matrik aku telah dikurniakan satu tempat tinggal
yang sangat sangat JAUH!
mase pendaftaran ingatkan boleh la aq pegi blok C dgn penuh kerilexan
aku ingatkan yang depan mate aku tu blok C
tapi bile aku cari papan tande yang menunjukkan tu blok C, TAK ADE!
so aku pun pegi ketengah jalan,
"bang, blok C kat mane?" "oo, blok C tu ha! atas bukit, yg paling tinggi tu C3"
aku pun "HAH?! yang paling tinggi tu???????"

jadi terpakse la dgn langkah yang ringan sbb aku tak berat aku menuju
ke blok tersebut,
smpai bilik mcm baru lpas mandi, bezenye busuk sikit jelah..
dari sini, bermulalah kehidupan aku kat matrik..

aku dapat sains modul satu. kuliah A. praktikum no 4.
pendeknye S1AP4 <-- name kelas aku

kls aku terdiri drpd 20 org human being atau homo sapiens.
org nye 20 je, tapi huru hara..ngehehe

bersame cikgu bio =) cikgu abidah


dinner subjek kemahiran dinamika =)
u ols look gojes u know =D

susah sgt nak amik gambar kw sadam, HAHA..hamek =P

untuk :

lia hamsani
siti nur atiqah
farhah
intan 
jamilah mohd

p/s : jgn lupe aku sbagaimane yg telah farhah lakukan, NGAHAHAHA

#kbye

Monday, May 7, 2012

jom join : contest ke-2 hazwan hairy

jom join contest ni, mane la tau boleh mng kan?
tak cube tak tahu.


syarat entry ni senang je.
boleh tekan SINI

saya suka baca buku kerana boleh menambah informasi dan
memberi pengetahuan yang baru serta 
membaca merupakan salah satu cara menuntut ilmu
di mana menuntut ilmu adalah satu perkara yang wajib =)

kucing perempuan

mungkin ramai tak tahu yang kucing jenis ni adalah kucing betina.

ape pandang pandang

ngantuk

bulu saye takde kene mengene dgn cerita ni

cakk =D

okay, fenomena yang korang nampak kat atas ni adalah perkara biasa.
tapi mungkin korang tak tau yang kucing ni atau nama glamournye
 CALICO CATS adalah betina.

mengikut kajian, hampir semua calico cats betina kerana X chromosomes 
yang menentukan warna dan jantina seekor kucing. seperti yang kite tahu,
mamalia perempuan ade XX chromosomes, tapi untuk lelaki XY chromosomes.
memandangkan chromosome Y takde gene untuk menentukan warna seekor kucing,
jadi takde lah probability untuk seekor kucing jantan
untuk dapatkan warna oren dan bukan oren dalam satu mase.

satu cara untuk kucing jantan ade warna macam calico cats ni ialah
apabila kucing ni menghidap satu sindrom dimana die mempunyai 3 chromosomes ( XXY ).
sindrom ni lebih dikenali sebagai Klinefelter's sydrome.
aku suke cakap sindrom ni sbg sindrom lelaki terlebih perempuan. TEHEE. sbb dy adalah 
lelaki yang mempunyai ciri seorang wanita. ( sbb dy carry dua X chromosomes )
tapi dy bukan pondan sebenarnye.. (--,)
disebabkan sindrom ni, kucing tersebut adalah mandul.

okay, tu je yang dapat disimpulkan.
untuk lebih information boleh search kat wikipedia.


p/s : kalau nampak saye tepi jalan sile lah tonggengkan saye 
dan lihat jantina saya =D hee


bye =)

Sunday, May 6, 2012

i love you guitar chords by najwa latif

chord lagu ni berdasarkan chord yang najwa latif guna =)

so, enjoy playing this awesome song using your guitar

capo on fret number 9

G D Am C ( 2x )

G                       D                      Am
mungkin kita pernah rasa tentang cinta
                   C                      G 
yang takdirnya bukan untuk kita
                     D                      Am
mungkin ini adalah cara meluah cinta
                C                           G
tanpa berkata atau berpandang mata

G               D              Am
mungkin aku mencintaimu
                    C                      G
walaupun engkau tak pernah tahu
                D               Am
mungkin aku mencintaimu
            C                  G
tanpa lelah ataupun jemu

           D               Am
i'm sorry but i love you
           C                G
i'm sorry if i miss you
         D                Am 
even if i can't have you
               C                              G
you know i'll always be there for you

G                      D                    Am
mungkin kita tak bersama itu takdirnya
         C                          G
tak mengapa asal kau bahagia

      D                Am
biar aku mencintaimu
         C                     G
biar tiada siapa yang tahu
       D                 Am
biar aku mencintaimu
          C                    G
dalam diam ataupun bisu

source : LINK

Friday, May 4, 2012

RAFIZZIE OTHMAN

entry ni ditujukan khas untuk orang yang bernama di atas

rafizzie othman
TYPO!
aq tak perasan
tapi kw bg tahu!
(--,)

kingdom animalia

okay this is under BIODIVERSITY chapter

this is ONE of five  kingdom.

my reference for making the notes is from a book called CAMPBELL
i used to called BUKU BERAT pfffttt!
but it is a perfect reference
because everytime i ask my teacher a question and she doesnt really sure the answer
she will say:
CUBA AWAK TENGOK DALAM CAMPBELL
see..the book is good (--,)
all of the teacher will urge u to buy one.

this is what we called as KINGDOM ANIMALIA
it is more to binatang
atau haiwan

ade 9 JE PUN dalam syllibus
cara kitorang ingat adalah dalam bentuk lagu
pandai la korang cari lagu sendiri =P
PORIFERA, CNIDARIA, FLAT ( platyhelminthes ), NEMATOD,
ANNELIDA, MOLUSCA, ANTROPODA, ECHINODERMA, CHORDATA

kalau tak lengkap tambah sendiri

hee =)





bye~

gravitation

physicsssss!!!

love u! HAHAHA

nah, take this, another chapter in physics
called GRAVITATION

tengok tajuk je dah tau kan pasal ape
its about the gravity and the force exist.
just study and i hope u get what is really in the chapter =)

front page

back page

enjoy the chapter
study to excel =)


biodiversity

okay, this is the overview for the first chapter in semester 2
matriculation of course
and it is BIOLOGY
=)
my favourite subject i guess (--,)
gahahaha

ok, the chapter sounds --> BIODIVERSITY


ni cuma overview sahaja, n whats include  in the syllibus.
actually dy sangat BANYAK (--,)

yang lain lain coming soon..rawr..




no title =P

Thursday, May 3, 2012

circular motion notes

ok, now for the physics note.
this is chapter 6 in matriculation physics.
i like the chapter coz its quite easy for me,
actually the syllibus is not too much, thats why it is quite easy =P
kalau banyak syllibus aku kata susah..GAHAHAHAHA

chapter ni namanya circular motion =)

dy menceritakan tentang wujudnye force bile sesutu bergerak dalam pusingan.
semua pasal motion yang circular lah..aha



ni muka depan

ni muka belakang

actually yang muka belakang ni cikgu aku punye,
aku takut hilang, so aku gunting amik gam, tampal,
dan jadilah mcm nota aku (--,)

so, mybe this will help, i dont know if this help a lot, 
but i hope this give you advantage..tenkiu =D

-lambai tangan-


Wednesday, May 2, 2012

periodic table notes

tadaa!!
hello guys =)


sape blajar kimia kat sini? angkat kaki! <-- jangan buat
aku nak share la aku punye notes ni supaya senang hidup korang kan..
kongsi ilmu tu kan bagus =)
aku suke kodd sharing2 nih <-- bajet baik

takde la, sebenarnye aku ni baru je habis belajar kat matrik.
so, skarang ni takde buat ape lah pun kat rumah,
aku cume dok depan komputer bukak youtube, facebook, blog!
tu je, boring kodd (=.=)'
keje? huh! takde orang nak offer.

memandangkan aku adalah antara orang yang suke buat notes untuk belajar,
jadi aku rase notes aku ni bergune untuk dikongsi bersama.
daripada aku simpan dalam kotak,
baik aku jadikannya sebagai bahan bantu pelajar, ngahaha

ni nota kimia, periodic table, aku belajar ni sem satu.
amik la kalau nak,
semoga membantu ye =)
ouh, kalau tak faham sori, sbb ni nota saye ;)

ni muka depan

ni muka belakang

nota ni aku tulis by hand, pastu agak lame, so bile di scan, ade kesan dakwat pen yang tembus,
aku buat nota ni depan belakang.
use it, your life will be easier, trust me, HAHAHA
ni syllibus matrik tahun 2011/2012
kalau tak de yang korang nk maka itu bermakna takde dalam syllibus aku
budak matrik sentiasa mengabaikan benda yang takde dalam syllibus
perkara paling common --> cikgu, soalan ni mcm mne?
cikgu tak ajar pun. ni mesti out of syllibus~
cikgu da pening da bile dgr mcm tu, <-- aih! asal tak ajar je out of syllibus, tu kan da ajar mase kat sekolah dulu.
erkk? sekolah? kalau sebut sekolah memang saye da lupe la cikgu..
moral : belajar ikhlas sebab nak ilmu, bukan sbb periksa semata-mata! ok? =)

by the way, enjoy the notes! study smart, study hard sometimes =)
bye~


wait for another notes =) coming soon.

cara buat danbo =)

what makes me suddenly want to make a danbo?
^‿^


semalam, kawan aku yang bernama RAFIZZIE OTHMAN mintak tolong buatkan


danbo sebab die nak amik gambar ( mule serius dalam bidang fotografi setelah berjaya 


membeli kamera dengan hasil titik peluh die sendiri <-- tak pasti kalau bapak die support separuh )


ha, pastu aku pun teruja dengan danbo ni


lalu neuron di otak aku mula bersambung <--- sebab aku berfikir


nak buat kan ke tak nak?


buatkan jela memandangkan tak ada apa yang aku kena buat


kat rumah sekarang ni..


( aku mula jadi penganggur semula lepas habis matrik, kali pertama lepas SPM )


back to the point, so macam mana cara nya?




ok, jom start =D

 pertama : right click gambar bawah ni, tekan open image in new tab
 pastu tekan ( ctrl + ) dua kali, fungsi
untuk membesarkan gambar supaya masa print gambar tu tak kecik.


gambar dari SINI

 kedua : tekan ( ctrl P ), fungsi untuk print, kan ade preview kan kat situ, korang adjust la,
kalau kecik korang pegi right click kat gmbar tadi balik then tekan ( ctrl + ), klau besar tekan ( ctrl - ), tekan serentak ye, kalau tak, tak jadi.

 ketiga : pastikan korang print atas kertas yang keras. seelok-eloknya kertas putih yang keras dan print yang ink berwarna. ok faham? siap print? ngehehe, jom kite main lipat lipat pulak.

 potong semua gambar atas kertas tu dan labelkan nombor yang tertera di belakangnya

 bahagian kepala : no 1 
bahagian leher : no 13, 15, 14, 12
bahagian badan : no 8, untuk buatkan korang punye danbo boleh gerak, 
kita perlukan bulatan bernombor 19, 18, 11, dan 10.
 bahagian kaki : no 20, 5 dan 17
 bahagian lengan : no 6, 7, 9, 16, dan 3

 lipatkan no 8 pada setiap garisan,
tips : untuk mudah lipat dan kemas, garis dulu garisan yang ad 
pada lukisan tu gune pembaris atau benda tajam yang lain,
tapi jgn sampai koyak.
dah siap lipat? ha, amik bulatan no 10, pastu potong bhgn tengah tu,
yang bentuk ' X ', lipat bahagian segi tiga tu elok2, then cuba masukkan kat lubang
pada badan danbo tu, kan ade 3 lubang kan kat badan danbo, masukkan yang bulat besar
sikit tu, then amik no 11 dan letak bahagian atas yang korang lipat tadi tu,
pegang bersama sama then cube pusingkan, kalau boleh pusing, teruskan dgn gam pada bahagian segi tiga kecik tu, gam bersama no 10 dan 11, pastikan boleh pusing ye..
pastu amik pulak no 18 dan 19, buat untuk lubang yang kecik pulak . yang tadi tu untuk leher, yang 18 dan 19 untuk tangan. pastikan semua boleh pusing. kalau tak lumpuh danbo korang.
then, bahagian putih yang tinggal pada pada badan danbo tu korang lekatkan, kira korang jointkan dy la, nnt dapat la badan danbo  =)

 seterusnya, bahagian kepala ( no 1 )
ni bahagian paling senang, korang lipat je setiap garisan dan gamkan, untuk no 4 tu, korang boleh potong mata danbo yang sedia ada dan lekatkan di bahagian dalam untuk bg effect mate die ke dalam
( tapi baik takyah buat sebab leceh )
da siap gam? tadaa..dapat kepala danbo.

 bahagian leher pula :
amik no 13, lipat setiap garisan mcm biasa dan gam kan bahagian yang berwarna puih tu,
nanti kan ada 2 bahagian kertas yang panjang tu kan,
ha, tu abaikan jap, sekarang amik no 15 dan 14,
nampak kan gigi jaws tu, ngahaha, ok lipat bahagian putih hujung tu, bukan gigi jaws tu ye..then smbungkan dgn hujung lg satu, nampak tak kita dapat bentuk cylinder? ha, bahagian tepi tepi cylinder tu kan gigi jaws kan, skarang amik no 14, then tutup gigi jaws tu dengan lekatkannya
menggunakan gam. lepas tu, buat lagi satu punye, tadaa..! dapatlah korang
2 cylinder. ok, kita amik no 13 tadi tu, cuba letak cylinder korang, muat kan?
tarik bahagian panjang no 13 tu, ( cylinder tengah2 ) then gamkan bahagian hujung die,
pastikan cylinder korang boleh gerak. buat bahagian lagi satu dgn cylinder
lagi satu. cuba main pusing2, boleh kan? amik no 12, lipat die, then lekatkan kat tepi2 cylinder tu. ok, siap bahagian leher danbo.

 bahagian kaki :
amik no 2, lipat semua garisan, then gam, nanti korang akan nmpak satu bahagian kertas 
panjang macam step sebelum ni. ha, tu pun untuk letak cylinder jugak.
amik no 17 dan 5, buat cylinder macam tadi. sekarang korang dapat dua kaki dan satu cylinder besar =)
ok, amik no 2, letak cilinder kat bahagian separuh bulat pada kaki tu, then tarik bahagian kertas yang 
panjang tadi. kemudian gam kan. amik kaki lagi satu, letak pada cylinder yang
sama then gamkan jugak. pastikan kaki tu boleh berpusing pada cylinder.

 bahagian tangan :
bahagian ni susah nak buat sbb die kecik. tapi cara die same je.
amik no 6 dan 7, buat cylinder macam biase. dapat la korang 2 cylinder kecik =)
then, amik no 16, lipat setiap garisan dan gamkan bahagian putih.
no 16 ni tangan danbo. pastu amik no 3, lipat mcm biase.
terbalikkan die, then gam kan tepi-tepi no 3 tu kat bahagian dalam tangan tu.
buat benda yang sama pada tangan lagi satu. then amik no 9,
lipat dan gamkan bahagian putih. amik cylinder, letak kat tengah2 dan gamkan bahagian hujung 
kertas yang panjang tu, pastikan boleh berpusing. then bahagian tepi-tepi cylinder tu korang lekatkan
kat no 3 tadi..skarang pegang tepi2 cylinder tu, cube pusingkan tangan die, jadi tak?
kalau jadi bagus. teruskan dengan lengan lagi satu.

 sekarang sume bahagian da siap, jom kite sambung!
amik bahagian kaki, gam tepi cylinder dan lekatkan pada bahagian dalam badan danbo.
amik lengan pulak, bahagian no 9 yang rata tu lekatkan kat bulatan yang boleh pusing pada badan danbo..amik leher danbo pulak, lekatkan bahagian rata leher pada bulatan yang boleh berpusing
kat badan danbo tadi, amik kepala danbo dan lekatkan pada bahagian atas. siap!
dapatla danbo comel =D

penat kan ?


hasilnye :



semoga berjaya. kalau tak paham boleh la melawat YOUTUBE ye =)